Sumber perubatan melaporkan sembilan orang awam Palestin terbunuh akibat tembakan dan bedilan Israel yang menyasarkan beberapa kawasan di Jalur Gaza sejak fajar Khamis, Agensi Berita & Info Palestin (WAFA) melaporkan.
Menurutnya, sumber itu mengesahkan lima mayat dipindahkan ke Kompleks Perubatan Al-Shifa di bandar Gaza, tiga ke Hospital Al-Ahli Baptist, dan satu ke Hospital Nasser di Khan Yunis.

















