Walaupun gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada Jumaat lalu, 10 Oktober, angka kematian di Jalur Gaza terus meningkat, mencecah 67,967, yang majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak pencerobohan Israel pada Oktober 2023, menurut berita WAFA.
Sekurang-kurangnya 170,179 yang lain dilaporkan cedera.
Menurut WAFA, sumber perubatan menyatakan 29 mayat, termasuk 22 yang ditemui di bawah runtuhan, dan 10 individu cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam 24 jam lalu.

















