Kerajaan Venezuela mengeluarkan kenyataan pada Ahad yang mengutuk apa yang didakwanya sebagai provokasi ketenteraan oleh Trinidad dan Tobago dengan kerjasama Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS, lapor Reuters.
Latihan ketenteraan bersama antara AS dan Trinidad dan Tobago sedang dijalankan di Caribbean dan Venezuela berkata ia telah menangkap sekumpulan tentera upahan “dengan maklumat langsung agensi perisikan Amerika” dan yang matlamatnya adalah untuk menjalankan serangan bendera palsu di rantau ini, lapor agensi berita itu.
Bagaimanapun menurut Reuters, kenyataan dikeluarkan oleh Naib Presiden Delcy Rodriguez, tidak memberikan butiran lanjut atau bukti mengenai tuduhan serangan bendera palsu itu.

















