Turkiye pada Selasa menghantar kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, dengan Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya mengumumkan kapal “Akdeniz” berlepas dari Pelabuhan Mersin selatan, lapor Xinhua.
“Kapal kami akan tiba di Pelabuhan El Arish untuk mengubati luka saudara-saudara kami di Gaza dan membawa harapan kepada meja mereka,” dia dilaporkan berkata dalam catatan di X.
Kapal itu, yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye dengan sumbangan daripada 17 pertubuhan bukan kerajaan, sedang mengangkut kira-kira 900 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan sedia untuk dimakan, makanan dalam tin dan susu formula bayi.
Yerlikaya menyatakan, sejak 27 Julai, berikutan kebenaran separa Israel, Turkiye telah berjaya menghantar 333 trak yang membawa kira-kira 4,500 tan bekalan makanan ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
Menurutnya, 427 trak tambahan, memuatkan 4,500 tan lagi bahan kemanusiaan, masih dalam simpanan di gudang El Arish Mesir menunggu kelulusan untuk masuk.

















