Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar pada rumah dilaporkan selepas gempa bumi berukuran 5.4 magnitud melanda daerah Xinlong di Wilayah Autonomi Tibet Ganzi, Wilayah Sichuan di barat daya China, lapor Xinhua.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), gempa itu berlaku pada 1:17 tengah hari Khamis pada kedalaman 10 kilometer.
Pihak berkuasa tempatan berkata infrastruktur kritikal, termasuk infrastruktur tenaga, pengangkutan dan komunikasi, kekal normal di kawasan dekat pusat gempa.
Pengurusan kecemasan wilayah dan pentadbiran gempa bumi telah menghantar pasukan untuk menjalankan siasatan di tapak.

















