Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz pada Ahad berkata, dia mengarahkan tentera bersiap sedia untuk merobohkan apa yang didakwanya sebagai terowong bawah tanah yang digunakan oleh kumpulan Palestin Hamas di Jalur Gaza, lapor Anadolu.
Di X, Katz dilaporkan menyebut pembongkaran itu sebagai “cabaran utama bagi Israel selepas fasa mengembalikan tebusan” dengan mendakwa bahawa ia akan dilakukan “secara langsung oleh IDF (tentera Israel) dan melalui mekanisme antarabangsa yang akan ditubuhkan di bawah kepimpinan dan pengawasan AS”.
Menteri itu mendakwa perobohan terowong adalah “maksud utama” daripada demilitarisasi Gaza yang dipersetujui dan pelucutan senjata Hamas di bawah perjanjian gencatan senjata.

















