Taufan Matmo, ribut yang dinamakan ke-21 pada musim taufan Pasifik 2025, mendarat di sepanjang pantai timur Daerah Xuwen, Bandar Zhanjiang di Wilayah Guangdong, selatan China sekitar jam 2:50 petang Ahad, lapor Xinhua memetik perkhidmatan meteorologi Guangdong.
Taufan itu mendarat dengan kekuatan angin maksimum berhampiran pusatnya mencapai 42 meter sesaat dan tekanan minimum pusat 965 hectopascal.

















