Tahanan dari Flotila Sumud Global sedang melancarkan mogok lapar selama-lamanya sejak ditahan oleh tentera Israel, kata Jawatankuasa Antarabangsa bagu Memecahkan Pengepungan Gaza pada Jumaat, berita Anadolu melaporkan.
Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu berkata beberapa aktivis yang ditahan di atas kapal flotila yang diserang di perairan antarabangsa “mengumumkan bahawa mereka telah memasuki mogok lapar terbuka sejak saat mereka ditahan”.

















