Serangan pagi Rusia ke atas bandar Zaporizhzhia di tenggara Ukraine membunuh tiga orang dan mencederakan dua lagi, kata pegawai pada Isnin, menurut laporan Reuters.
“Pagi Isnin di Zaporizhzhia bermula dengan letupan dan kebakaran,” tulis Gabenor Ivan Fedorov.
Dia dilaporkan berkata, tentera Rusia menggunakan sekurang-kurangnya 10 bom udara dalam serangan ke atas bandar yang dihuni kira-kira 700,000 penduduk itu.
Serangan itu merosakkan 15 bangunan pangsapuri dan 10 rumah persendirian serta bangunan bukan kediaman, katanya.
Tentera udara Ukraine dilaporkan berkata, ia menembak jatuh 132 dron yang dilancarkan oleh Rusia semalaman dan merekodkan serangan sembilan dron di tujuh lokasi.
Di wilayah timur laut Sumy, pelbagai serangan dron mencederakan dua orang sepanjang hari lalu, selain merosakkan infrastruktur awam dan rumah persendirian, Gabenor Oleh Hryhorov dilaporkan berkata.
Serangan di wilayah Kyiv mencederakan seorang dan merosakkan bangunan pangsapuri dan rumah persendirian, menurut laporan Reuters memetik perkhidmatan kecemasan.

















