Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh di Mexico selepas hujan lebat dan banjir berhari-hari, kata kerajaan pada Ahad, menurut laporan Reuters.
Hujan lebat daripada ribut tropika Priscilla dan Raymond dilaporkan mencetuskan tanah runtuh dan banjir di lima negeri.
Terdapat 18 orang terbunuh di negeri Veracruz, 16 di Hidalgo, sembilan di Puebla dan seorang di Queretaro, kenyataan kerajaan dilaporkan sebagai berkata.

















