Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam rusuhan penjara di wilayah Esmeraldas, Ecuador pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Konflik disyaki kumpulan saingan berlaku di penjara wilayah sekitar jam 3 pagi waktu tempatan, dan bunyi tembakan serta jeritan kedengaran, kata media tempatan Primicias yang memetik sumber polis Ecuador.
Konflik itu menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kematian, menurut siasatan awal polis. Media tempatan berkata mungkin terdapat mangsa lain di penjara itu.
Ecuador telah berada dalam cengkaman krisis penjara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan angka rasmi menunjukkan kira-kira 600 banduan terbunuh dalam rusuhan berkaitan kumpulan sejak Februari 2021.

















