Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh pada Isnin selepas lombong emas menegak runtuh di negeri Bolivar, tenggara Venezuela, lapor Xinhua memetik Sistem Pengurusan Risiko Nasional.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku di pekan El Callao, perbandaran Roscio, selepas hujan lebat menyebabkan banjir yang melemahkan struktur lombong itu sehingga menyebabkannya runtuh.

















