Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa pada Jumaat, pasukannya menguasai 10 penempatan Ukraine sepanjang minggu lalu, berita Anadolu melaporkan.
Penempatan itu terletak di wilayah Donetsk, Dnipropetrovsk, Kharkiv, dan Zaporizhzhia, Anadolu memetik satu kenyataan kementerian.
Sebagai tindak balas terhadap serangan dron Ukraine, Rusia dilaporkan telah menjalankan satu serangan besar-besaran dan enam serangan berkumpulan terhadap perusahaan perindustrian ketenteraan Ukraine dan kemudahan tenaga yang menyokongnya.
Kementerian itu mendakwa bahawa 22 gudang tentera telah musnah di Ukraine dalam tempoh yang sama.
Menurut kenyataan itu, serbuan udara Ukraine telah berjaya ditangkis, dengan satu jet pejuang Su-27, empat peluru berpandu jelajah, 18 bom penerbangan berpandu, 15 roket HIMARS, dan 1,441 dron ditembak jatuh sepanjang minggu lalu.
Menurut Anadolu, Ukraine masih belum mengulas mengenai dakwaan ini.erusan.

















