Sumber perubatan di Jalur Gaza melaporkan pada Khamis, 30 mayat rakyat Palestin diserahkan oleh pihak berkuasa Israel melalui Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, menjadikan jumlah keseluruhan mayat yang diterima kepada 120 sejak perjanjian gencatan senjata, agensi berita WAFA melaporkan.
Menurutnya, sumber itu mengesahkan pasukan perubatan terus melakukan proses mayat mengikut prosedur dan protokol ditetapkan, sebagai persediaan untuk melengkapkan proses pemeriksaan dan dokumentasi serta menyerahkannya kepada keluarga mereka.
WAFA melaporkan, mereka mengesahkan beberapa mayat menunjukkan tanda penderaan, pukulan, gari, dan penutup mata. Setakat ini, identiti empat daripada mangsa disahkan oleh keluarga mereka.

















