Pertempuran baharu sempadan berlaku pada Selasa antara tentera Pakistan dan Afghanistan berikutan gencatan senjata singkat, lapor Anadolu.
Afghanistan berkata tenteranya melancarkan serangan balas dekat sempadan selepas Pakistan memulakan tembakan lewat Selasa, menurut berita Anadolu memetik penyiar tempatan Tolo News melaporkan, memetik Mustaghfer Gurbaz, jurucakap gabenor wilayah timur, Khost.
Pertempuran masih berterusan, menurutnya.
Tiada reaksi rasmi daripada Pakistan, tetapi seorang pegawai keselamatan memberitahu Anadolu, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, bahawa pertempuran berlaku di sempadan Shorko di daerah suku Kurram.
Dia menuduh tentera Afghanistan memulakan tembakan “tanpa provokasi” dan bedilan ke atas tentera sempadan Pakistan.
Berpuluh-puluh askar dilaporkan terbunuh pada Sabtu dalam pertempuran antara tentera Pakistan dan Afghanistan, antara yang paling maut antara kedua-dua pihak sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa di Kabul pada 2021.
Pertempuran terhenti lewat Sabtu selepas pengantaraan oleh Arab Saudi dan Qatar, menurut Kabul.

















