Rusia percaya penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin akan menamatkan pertempuran di Timur Tengah, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata pada Isnin ketika mengulas pengiktirafan Palestin oleh beberapa negara Barat, lapor Xinhua.
“Kami tetap komited terhadap resolusi asas Majlis Keselamatan PBB dan mematuhi konsensus antarabangsa untuk menyelesaikan isu Palestin-Israel berdasarkan penyelesaian dua negara,” Peskov dilaporkan berkata.
Menurutnya, Moscow menganggap penyelesaian ini sebagai “cara yang boleh dilaksanakan” untuk menyelesaikan konflik semasa, dengan menyatakan bahawa “konflik Palestin-Israel semasa mungkin dalam fasa paling akut dan tragis daripada seluruh sejarahnya”.
Pada Ahad, Britain, Australia, Kanada dan Portugal mengumumkan pengiktirafan rasmi Palestin sebagai negara berdaulat.

















