Seorang pemuda ditembak mati oleh pasukan pendudukan Israel (IOF) pada petang Ahad di lintasan Meitar dekat pekan Adh Dhahiriya, selatan Hebron, berita WAFA pada Ahad melaporkan.
Sumber keselamatan memberitahu WAFA IOF melepaskan tembakan ke arah seorang pemuda, membunuhnya serta-merta.
Menurut agensi berita Palestin itu, kementerian kesihatan mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Mohammad Bassam Tayaha Sha’our, 20, kena peluru pasukan pendudukan.
Kru Bulan Sabit Merah dilaporkan berusaha memindahkan mayat syahid itu ke Hospital Kerajaan Dura.

















