Biro Perangkaan Pusat Palestin (PCBS) menyatakan pencerobohan Israel di Jalur Gaza menyebabkan kerosakan kepada 190,115 bangunan termasuk 102,067 bangunan yang roboh sepenuhnya, menurut WAFA.
Angka itu dinyatakan dalam laporan bertajuk “Perumahan di Gaza: Antara Runtuhan dan Kehilangan Tempat Tinggal: Rumah Musnah dan Keluarga Terlantar Mencari untuk Berteduh”.
Hari Habitat Sedunia ditandakan pada Isnin pertama Oktober setiap tahun dan diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bersama Hari Perumahan Arab, yang disahkan oleh Majlis Menteri-Menteri Perumahan dan Pembinaan Semula Arab.
Hari itu memberi peluang untuk merenung keadaan perumahan dan menyerlahkan cabaran dan peluang dihadapi oleh bandar.
Bilangan bangunan yang rosak sederhana berjumlah 41,895, manakala bilangan rumah yang rosak berjumlah kira-kira 330,500 unit rumah, menurut laporan itu.

















