Pasukan keselamatan Pakistan pada Jumaat menyerbu tempat persembunyian militan di barat laut bergolak di negara itu, mencetuskan tembak-menembak yang menyebabkan 17 pejuang Taliban Pakistan maut, lapor AP memetik polis.
Pertembungan itu berlaku di Karak, sebuah daerah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, menurut Ketua Polis wilayah Shehbaz Elahi.
Dia dilaporkan berkata, tiga pegawai cedera dalam pertempuran itu.
Shehbaz tidak memberikan butiran lanjut tetapi berkata militan yang terbunuh adalah “Khwarij” istilah yang sering digunakan oleh pihak berkuasa Pakistan untuk merujuk kepada anggota Taliban Pakistan.

















