Taufan Melissa berkembang menjadi taufan Kategori 4, kata Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC) pada Ahad, sambil menambah bahawa angin berkekuatan maksimum telah meningkat kepada 140 mph (220 km/j), Reuters melaporkan.
Taufan itu dikatakan terletak kira-kira 280 batu (450 km) dari Guantanamo di Cuba, kata NHC.
Banjir kilat dan tanah runtuh yang dahsyat berkemungkinan berlaku di beberapa bahagian selatan Hispaniola dan Jamaica, NHC dilaporkan berkata.
Melissa dijangka menjadi taufan besar apabila melanda Jamaica pada malam Isnin atau pagi Selasa dan tenggara Cuba lewat Selasa, Reuters memetik peramal yang berpangkalan di Miami itu.


















