Mayat 141 rakyat Palestin yang terbunuh ditemui sejak awal pagi Jumaat dimasukkan ke hospital Gaza berikutan pengunduran tentera Israel dari kebanyakan kawasan bandar, lapor WAFA memetik sumber perubatan.
Menurutnya, itu termasuk mayat 121 rakyat Palestin yang ditemui dari bawah runtuhan.
Daripada jumlah besar itu, dilaporkan, 19 adalah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel pada Jumaat yang melanggar perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada Jumaat, 10 Oktober, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya sebelum ini.
Menjelaskan lagi, WAFA melaporkan, serangan Israel itu menyasarkan rumah keluarga Ghabbun, selatan Kota Gaza, membunuh 16 manakala serangan lain menyasarkan kejiranan Sheikh Radwan, utara bandar itu, dan kawasan di selatan Khan Younes, membunuh tiga yang lain.
Daripada 141 mayat itu, 32 dimasukkan ke Hospital Al-Shifa, 60 ke Hospital Ahli Arab, 4 ke Hospital al-Awda, 13 ke Hospital Shuhada Al-Aqsa, dan 32 ke Hospital Nasser.

















