Letupan berlaku di landasan kereta api dekat stesen Plusa di wilayah Pskov, Rusia pada Jumaat, lapor Anadolu memetik gabenornya, tanpa kemalangan jiwa dilaporkan.
“Pagi ini satu letupan berlaku di landasan kereta api tidak jauh dari stesen Plusa. Tiada siapa yang cedera. Tiada kereta api tergelincir,” Mikhail Vedernikov dilaporkan berkata di platform media sosial Rusia, Max.
Sementara itu, kemalangan jalan di lintasan jalan rel mengakibatkan enam gerabak membawa bahan api tergelincir dan kebakaran di wilayah Smolensk, menurut laporan Anadolu memetik kenyataan Kementerian Situasi Kecemasan.
Kereta api pemadam kebakaran dan pemulihan tiba di lokasi kejadian, dan api dipadamkan dengan bantuan 40 anggota bomba dan peralatan, menurut kementerian itu.

















