Tiga pegawai carabinieri Itali terbunuh dan 15 lagi cedera dalam letupan gas di utara negara itu awal Selasa, berita Xinhua memetik laporan media tempatan.
Letupan berlaku semasa operasi pengusiran membabitkan polis dan bomba, selepas tiga beradik mengisi rumah ladang itu dengan gas untuk menentang pengusiran berikutan rampasan hutang yang telah lama tertunggak, lapor Agensi Berita Ansa.
Mangsa adalah anggota pasukan tentera khas yang dihantar untuk pemindahan. Kru kecemasan berada di lokasi ketika letupan berlaku, mengakibatkan banyak korban, termasuk anggota tentera, pegawai polis dan bomba, pegawai tempatan mengesahkan.

















