Penyiasat menemui mayat lelaki yang melakukan letupan dan seterusnya menyebabkan kebakaran di Munich, Jerman, awal pagi Rabu, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Lelaki itu berkemungkinan memasang bahan letupan di rumah ibu bapanya, membunuh dirinya sendiri sambil mencederakan orang lain, lapor akhbar Bild.
Operasi polis sedang dijalankan di daerah Lerchenau di Munich, manakala lalu lintas dinasihatkan untuk mengelak kawasan itu, menurut jabatan bomba di Munich.

















