Seorang lelaki maut oleh buaya di kawasan bakau di sungai, di perbandaran Bataraza, wilayah Palawan, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Khamis, menurut laporan Xinhua.
PCG melaporkan anggotanya segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas rakan mangsa melaporkan mereka diserang seekor buaya pada awal Rabu.
Selepas beberapa jam mencari, mereka akhirnya menemui dan mendapatkan mayat mangsa di kawasan hutan bakau.
Sebelum kejadian, penduduk setempat telah melaporkan kepada pihak berkuasa yang mereka telah melihat seekor buaya di kawasan itu.
Bataraza, yang terletak di hujung paling selatan Pulau Palawan, terkenal dengan buaya liar yang berkeliaran di perairannya.

















