Taufan Ragasa, taufan ke-18 pada 2025, mendarat di Wilayah Guangdong, selatan China pada kira-kira jam 5 petang Rabu, lapor Xinhua memetik pemerhatian meteorologi wilayah.
Taufan itu, dengan daya angin maksimum berhampiran pusatnya mencecah 40 meter sesaat, berpusing ke darat di Pulau Hailing di bandar Yangjiang di Guangdong.
Setakat jam 10 malam Selasa, lebih 1.89 juta penduduk tempatan telah dipindahkan ke seluruh wilayah itu.
Pihak berkuasa meteorologi meramalkan Ragasa akan terus bergerak ke arah barat pada kelajuan kira-kira 20 km sejam dan beransur lemah.

















