Konfederasi Am Buruh Itali, yang menggambarkan dirinya sebagai kesatuan terbesar negara, telah mengumumkan mogok umum pada Jumaat bagi menyokong Flotila Sumud Global, menurut kemas kini Al Jazeera.
Dalam satu kenyataan dikongsi di media sosial, kesatuan itu dilaporkan berkata, mogok itu mematuhi undang-undang yang membenarkan pemberhentian buruh tanpa notis terlebih dahulu “apabila perlindungan warganegara Itali, di dalam atau di luar negara, dipertaruhkan, serta menjaga prinsip asas di mana Republik diasaskan: keamanan, hak asasi manusia, dan penghormatan terhadap kewajipan antarabangsa”.
“Ini betul-betul berlaku dengan pencerobohan terhadap rakyat, pekerja, dan sukarelawan di atas Flotila Sumud Global yang terlibat dalam tindakan kemanusiaan,” katanya.

















