Kabinet Keselamatan Israel bersidang pada petang Khamis untuk mengundi perjanjian gencatan senjata Gaza dengan Hamas, berita Anadolu melaporkan.
Mesyuarat itu dijadualkan bermula pada 5 petang waktu tempatan, tetapi diadakan lebih sejam kemudian untuk membincangkan dan meluluskan butiran perjanjian itu, Anadolu memetik laporan akhbar harian Yedioth Ahronoth.
Mesyuarat kerajaan berikutnya telah ditangguhkan untuk diadakan pada 8 malam Khamis untuk meluluskan perjanjian itu.
Jurucakap kerajaan sebelum ini dilaporkan berkata perjanjian gencatan senjata Gaza akan berkuat kuasa dalam tempoh 24 jam selepas diluluskan.
“Dalam tempoh 24 jam mesyuarat Kabinet, gencatan senjata di Gaza akan bermula,” kata Shosh Bedrosian, tanpa menyebut masa khusus untuk pelaksanaannya.
Perjanjian gencatan senjata itu diumumkan pada waktu fajar Khamis berikutan rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel di bandar Laut Merah Sharm el-Sheikh, Mesir, dengan pengantaraan dari Türkiye, Mesir, Qatar, dan AS.

















