Sebuah jet penumpang peribadi terhempas pada Rabu ketika ia berlepas dari lapangan terbang utama Venezuela di luar Caracas, mencederakan sekurang-kurangnya dua orang, lapor AP memetik agensi penerbangan negara itu.
Kedua-dua orang itu diselamatkan dari pesawat dan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan perubatan, Institut Aeronautik Awam Negara Venezuela dilaporkan sebagai berkata dalam akaun Instagramnya.
Agensi itu mengenal pasti mereka sebagai “penumpang” dan tidak menyatakan sama ada orang lain berada di dalam pesawat.
Agensi itu dilaporkan berkata Learjet 55 sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Simón Bolívar apabila ia “terhempas ke tanah”.
“Protokol mencari dan menyelamat telah diaktifkan, mengakibatkan penyelamatan dua penumpang yang masih hidup,” agensi itu dilaporkan berkata.
Video di media sosial menunjukkan asap tebal datang dari landasan lapangan terbang.
Tapak penjejakan flightradar24 menunjukkan jet itu telah melakukan perjalanan bulan lalu di Venezuela, serta di Panama dan Cuba.

















