Israel berkata pada Selasa, ia menerima mayat empat tebusan daripada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di dalam Jalur Gaza, lapor Anadolu memetik laporan media.
Empat keranda tebusan yang mati telah dipindahkan kepada tentera Israel di Jalur Gaza dari Palang Merah, lapor penyiar rasmi Israel, KAN.
Tentera dilaporkan berkata sebelum ini bahawa ICRC menerima mayat empat tebusan Israel di Gaza dan memindahkan mereka kepada tentera Israel.
“Menurut maklumat diberikan oleh Palang Merah, empat keranda tebusan yang telah mati telah dipindahkan ke dalam jagaan mereka dan sedang dalam perjalanan ke pasukan IDF (tentera) dan ISA (agensi keselamatan) di Jalur Gaza,” tentera dilaporkan berkata dalam satu kenyataan.
Tentera sebelum ini berkata, ICRC dalam perjalanan ke lokasi yang ditetapkan di utara Gaza untuk menerima mayat beberapa tebusan.
Menurut Anadolu, belum ada pengesahan rasmi daripada Hamas mengenai perkembangan itu.
Kumpulan Palestin menyerahkan mayat empat tawanan Israel pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Hamas membebaskan 20 tebusan Israel yang masih hidup pada awal Isnin sebagai pertukaran kepada hampir 2,000 tahanan Palestin di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza.

















