Hamas berkata pada Selasa ia bersedia untuk mencapai perjanjian bagi menamatkan perang di Gaza berdasarkan pelan Donald Trump tetapi masih mempunyai tuntutan, menurut laporan Reuters.
Pada hari kedua rundingan di pusat peranginan Mesir di Sharm el-Sheikh, pemimpin tertinggi Hamas Khalil Al-Hayya dilaporkan memberitahu Al Qahera News TV bersekutu kerajaan Mesir bahawa kumpulan itu telah datang “untuk libat urus dalam rundingan yang serius dan bertanggungjawab”.
Dia dilaporkan berkata, Hamas bersedia untuk mencapai perjanjian, namun ia memerlukan “jaminan” untuk menamatkan perang dan memastikan “ia tidak berulang”.

















