Kumpulan Gemfields berkata pada Khamis sekumpulan pelombong haram menceroboh lombong delima Montepuez di utara Mozambique pada Isnin dan membunuh dua polis yang mengawal tapak itu, menurut laporan Reuters.
“Sekumpulan kira-kira 40 pelombong haram berarak di pintu lombong di Montepuez Ruby Mining,” Gemfields dilaporkan berkata dalam satu kenyataan.
“Mereka terus menyerang pegawai polis Mozambique yang berada di pintu pagar, membunuh dua, salah seorang daripada mereka adalah komander Pasukan Perlindungan Sumber Asli Mozambique,” syarikat itu dilaporkan berkata.
Tiada pekerja syarikat atau kontraktor cedera dalam serangan itu dan tapak itu sejak itu tenang, menurut Gemfields seperti dilaporkan Reuters.
Serangan itu dikaitkan dengan konfrontasi ganas, awal hari itu, antara pihak berkuasa imigresen daerah dan suspek pendatang tanpa izin di sebuah kampung tempatan, kata Gemfields. Seorang dilaporkan mati dalam pertempuran itu, katanya.

















