Dua rakyat Palestin terbunuh pada petang Jumaat dalam serangan dron yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di tengah Gaza, menurut sumber tempatan, menandakan pelanggaran serius perjanjian gencatan senjata, berita WAFA melaporkan pada Jumaat.
Koresponden WAFA berkata sebuah dron Israel melepaskan peluru berpandu ke arah sekumpulan orang awam dekat kawasan Menara Al-Qastal, di timur Deir al-Balah di tengah Gaza, membunuh dua orang.
Dalam laporan berasingan sebelumnya, WAFA memetik sumber tempatan melaporkan, dua rakyat Palestin maut akibat kecederaan dialami semasa serangan udara Israel sebelum ini di Bandar Gaza.
Dalam insiden berasingan, agensi berita Palestin itu melaporkan, dua kanak-kanak cedera apabila peluru berpandu yang tidak meletup ditinggalkan oleh tentera pendudukan Israel meletup di kawasan kejiranan Al-Nassr di barat Bandar Gaza.
WAFA juga melaporkan, pada pagi Jumaat, artileri Israel membedil kawasan di timur Deir al-Balah di tengah Gaza.

















