Dua bersaudara Palestin terbunuh pada Khamis dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan timur Khan Younis di selatan Gaza, menandakan pelanggaran terbaru perjanjian gencatan senjata, lapor agensi berita Palestin WAFA.
Wartawan WAFA melaporkan adik-beradik itu, daripada keluarga Abu Mustafa, dibunuh di selatan pekan Abasan Al-Kabira.
Menurutnya, pasukan ambulans tidak dapat memindahkan mayat kerana bahaya yang ditimbulkan oleh serangan berterusan Israel ke atas orang awam.

















