Cucu kepada mendiang presiden Afrika Selatan dan aktivis anti-apartheid Nelson Mandela tiba di Johannesburg pada Rabu selepas ditahan dan kemudian dihantar pulang oleh Israel yang menghalang flotila, lapor Reuters.
Mandla Mandela adalah antara daripada mereka yang cuba menyampaikan bantuan ke Gaza melalui flotila itu.
Mandla, yang dilaporkan pulang bersama empat lagi warga Afrika Selatan, berkata dia dan kumpulan yang bersamanya ditahan di penjara Israel selama enam hari sebelum dibebaskan melalui Jordan.
“Kami digari dengan ikatan kabel yang diikat kuat di belakang, dikeluarkan dari bot kami, diletakkan di atas platform dan diarak untuk dilihat semua,” kata Mandla, 51, di lapangan terbang, di mana dia disambut oleh penyokong yang mengibarkan bendera Palestin.
“Tetapi ia tiada apa-apa jika dibandingkan dengan apa yang rakyat Palestin telah dikenakan setiap hari,” katanya.

















