Sebuah bangunan dalam pengubahsuaian di tengah Madrid sebahagiannya runtuh pada Selasa, mencederakan tiga pekerja pembinaan dan menyebabkan empat lagi hilang, lapor AP memetik pihak berkuasa Sepanyol.
Perkhidmatan kecemasan sedang mencari pekerja yang hilang, menurut pegawai kerajaan pusat Francisco Martín.
Salah seorang pekerja yang cedera sedang dirawat di hospital kerana patah kaki, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Beatriz Martín.
Anggota bomba dilaporkan berkata “beberapa tingkat” bangunan lima tingkat itu runtuh. Polis turut berada di tempat kejadian.
Menurut AP, dalam video disiarkan di X oleh perkhidmatan kecemasan, fasad bangunan itu ditutup dengan terpal hijau besar yang biasanya digunakan oleh kru pembinaan semasa mengubah suai bangunan lama.
Muka bangunan itu utuh, dan runtuhan tidak jatuh di luar di atas jalan.

















