Seorang anak muda Palestin dibunuh oleh tentera pendudukan Israel pada petang Khamis semasa serbuan di pekan Qabatiya, selatan Jenin, lapor WAFA memetik kementerian kesihatan.
Menurutnya, kementerian itu berkata, Mahdi Ahmad Kmeil, 20, maut ditembak selepas tentera Israel melepaskan tembakan ketika menyerbu pekan itu.
Tentera sebelumnya mengerahkan unit infantri di jalanan, menggeledah beberapa rumah, dan menahan seorang lagi penduduk.
Sebelumnya, tentera Israel menembak dan membunuh Mohammad Bahjat Al-Hallaq yang berusia 11 tahun di pekan Al-Rihiya, selatan Hebron, apabila melepaskan tembakan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang bermain bola sepak di halaman sekolah perempuan tempatan.
Dengan pembunuhan Kmeil, jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di wilayah Jenin sejak serangan Israel ke atas wilayah itu bermula pada 21 Januari telah meningkat kepada 51, laporan WAFA memetik sumber perubatan.

















