Sistem pertahanan udara Rusia memusnahkan 34 dron Ukraine yang menyasarkan Moscow melalui serangan berulang semalaman dan memaksa penutupan sementara dua daripada empat lapangan terbang di bandar itu, kata pihak berkuasa Rusia pada Isnin, berita Reuters melaporkan.
Dron-dron itu ditembak jatuh dalam tempoh enam jam, bermula sebelum jam 10 malam Ahad waktu Moscow (1900 GMT), datuk bandar ibu kota Rusia, Sergei Sobyanin, dilaporkan berkata di aplikasi pesanan Telegram.
Pemantau penerbangan Rusia Rosaviatsiya dilaporkan berkata, lapangan terbang Domodedovo dan lapangan terbang yang lebih kecil Zhukovsky ditutup selama kira-kira 2.5 jam dari 2240 GMT bagi memastikan keselamatan udara.
Di wilayah Tula, yang bersempadan dengan wilayah Moscow di utara, 24 dron dimusnahkan pada jam awal Isnin, gabenor wilayah Dmitry Miliyaev dilaporkan berkata di Telegram.

















