Angka kematian meningkat kepada sembilan orang akibat letupan kilang di wilayah Chelyabinsk Rusia, dengan lima lagi cedera, kata gabenor wilayah itu pada Khamis, Xinhua melaporkan.
Aleksei Teksler, gabenor wilayah Chelyabinsk, dilaporkan berkata di Telegram, letupan berlaku di loji dan tiada pengesahan pada peringkat ini yang serangan dron terlibat.
Siasatan awal menunjukkan letupan itu disebabkan oleh pelanggaran peraturan keselamatan, menurut pihak berkuasa tempatan.