Kemalangan jalan raya maut di Uganda membabitkan pelbagai kenderaan, termasuk bas, mengorbankan 46 orang, kata polis pada Rabu, memetik butiran diperoleh daripada hospital, berita Anadolu pada Rabu melaporkan.
“Pada masa nahas, beberapa mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan sesetengah mungkin tersilap dimasukkan dalam kiraan awal kematian,” jelas polis Uganda di X, selepas sebelum ini meletakkan angka kematian pada 63 orang, menurut Anadolu.
Nahas berlaku pada 12.15 pagi waktu tempatan (GMT0915) Rabu di Kampung Kitaleba, dekat Ladang Asili, di Lebuhraya Kampala-Gulu, kata polis sebelum ini.
Ia membabitkan empat kenderaan; dua bas, sebuah lori, dan sebuah SUV.
Polis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menggesa pemandu kenderaan supaya “berhati-hati maksimum di jalan raya”.