Raub di negeri Pahang, Malaysia ialah wilayah pengeluar durian yang penting. Oleh kerana iklim hutan hujan tropika yang unik dan keadaan tanah, jenis durian premium seperti durian Musang King dari kawasan ini terkenal dengan rasa dan isinya yang padat, lapor Xinhua.
Pada tahun-tahun lalu, sebahagian besar durian Raub dibekalkan ke pasaran China melalui logistik rantaian sejuk.
Menurut Xinhua, dengan peningkatan berterusan laluan udara antara kedua-dua negara, durian kini boleh dihantar kepada pengguna China sepantas 36 jam selepas dituai.
Durian dari Raub, telah menjadi ikatan manis yang menghubungkan budaya makanan Cina dan Malaysia.

