Kedutaan Palestin di Kaherah mengumumkan pada Sabtu, lintasan sempadan Rafah antara Mesir dan Jalur Gaza akan dibuka semula pada Isnin bagi membolehkan rakyat Palestin yang ingin kembali ke Gaza menyeberang, menurut berita Anadolu.
Sejak Mei 2024, tentera Israel telah menyekat pergerakan rakyat Palestin melalui lintasan sempadan Rafah, satu-satunya tingkap wilayah itu ke dunia luar yang tidak dikawal oleh Tel Aviv sebelum bermulanya perang Israel pada Oktober 2023.
Dalam satu kenyataan, kedutaan itu berkata: “Lintasan sempadan Rafah akan dibuka mulai Isnin untuk membolehkan rakyat Palestin yang tinggal di Mesir yang ingin kembali ke Gaza melakukan perjalanan, mengikut mekanisme penyelarasan yang ditetapkan.”
Kedutaan itu juga menggesa warga Palestin di Mesir yang ingin kembali mendaftarkan maklumat mereka melalui aplikasi dalam talian yang ditetapkan, dengan menyatakan bahawa mereka kemudian akan dimaklumkan mengenai tarikh dan tempat perhimpunan sebelum bergerak ke arah lintasan Rafah, tanpa memberikan butiran lanjut.

















