Dua remaja maut dan tiga lagi cedera selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah di negeri Ceara di timur laut Brazil pada Khamis, lapor AP memetik pihak berkuasa.
Suspek yang tidak dikenali melepaskan tembakan dari kaki lima di luar sekolah di bandar Sobral, menembak mangsa di tempat letak kereta, menurut Sekretariat Keselamatan Awam dan Pertahanan Sosial negeri. Tiga lagi cedera dan dibawa ke hospital di wilayah itu.
Pegawai tidak mendedahkan identiti mangsa atau mengesahkan sama ada mereka pelajar.

















