Sekurang-kurangnya seorang maut pada Jumaat dan 19 yang lain cedera apabila sebuah bas mini terjunam ke dalam lembah di wilayah Khorasan Razavi di timur laut Iran, berita Xinhua memetik laporan agensi berita separuh rasmi Fars.
Bas mini itu membawa 20 pendaki gunung apabila ia terkeluar dari jalan dan jatuh ke lembah, dekat kampung Farizi di Daerah Golbahar, Fars memetik Amanollah Khedmatgozar, datuk bandar daerah itu, sebagai berkata.
Amanollah berkata, mangsa yang cedera telah dipindahkan ke pusat perubatan berhampiran, sambil menambah siasatan awal menunjukkan kegagalan pemandu mengawal bas mini adalah antara punca kejadian.
Wilayah Khorasan Razavi ialah kawasan pergunungan di Iran dengan beberapa puncak yang popular untuk mendaki.

















