Kumpulan penentang Palestin Hamas mengesahkan petang Jumaat bahawa ia akan menyerahkan mayat tawanan Israel malam ini (waktu tempatan) di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza, menurut berita Anadolu.
Sayap bersenjata kumpulan itu, Briged Qassam, dilaporkan berkata di Telegram penyerahan akan dilakukan pada 11.00 malam waktu tempatan (2000GMT).
Penyiar awam Israel KAN sebelum ini melaporkan persiapan sedang dijalankan di Israel untuk menerima mayat seorang lagi tawanan selepas Hamas memaklumkan pengantara bahawa ia telah menemui mayatnya.

















