Seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera pada Khamis dalam siri serangan udara Israel ke atas kedudukan Hizbullah di selatan Lubnan, kata Pusat Operasi Kecemasan Kementerian Kesihatan, berita Xinhua melaporkan.
Pusat itu dilaporkan berkata dalam satu kenyataan, seorang terbunuh di pekan timur di Shmustar, seorang cedera di Bna’foul di daerah Sidon, dan enam cedera di Ansar di daerah Nabatieh.
Menurut Xinhua, Agensi Berita Nasional (NNA) melaporkan Israel melancarkan serangan udara sekitar jam 9 malam waktu tempatan (1800 GMT), melanda loji pembancuh konkrit dan kuari di Wadi Basfour, di antara kampung Ansar, Sinay dan Basfour di selatan Lubnan.
Sumber Perisikan Tentera Lubnan memberitahu Xinhua, Tentera Udara Israel melakukan 31 serangan menyasarkan kedudukan Hizbullah di selatan dan timur Lubnan, tanpa memberikan butiran lanjut.

















