Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan lebih 360 lagi cedera di Afghanistan dalam pertempuran tentera antara Pakistan dan Afghanistan sejak 10 Okt, Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA) berkata dalam satu kenyataan pada Khamis, menurut Reuters.
“UNAMA menyeru semua pihak untuk menamatkan permusuhan bagi melindungi orang awam,” kenyataan itu dilaporkan sebagai berkata.

















