Seorang pekerja maut dan empat lagi cedera pada Rabu selepas letupan berlaku di bilik enjin sebuah kapal yang sedang diselenggara di limbungan di daerah Tuzla, Istanbul, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Letupan itu dicetuskan oleh pecahnya silinder karbon dioksida semasa kerja penyelenggaraan di limbungan kapal persendirian, menurut kenyataan dikeluarkan oleh pejabat gabenor Istanbul.
Pihak berkuasa melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.
Tuzla, terletak di sebelah Asia di Istanbul, menempatkan salah satu zon limbungan kapal terbesar di Turkiye.

















