Perjanjian damai Gaza tidak ubah kes ICJ, kata presiden Afrika Selatan

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa berkata pada Selasa, walaupun perjanjian damai baru-baru ini mengenai Gaza dialu-alukan, ia tidak akan menjejaskan kes negara itu terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), lapor Xinhua.

Presiden membuat kenyataan itu semasa menjawab soalan dalam Majlis Nasional Wilayah di Parlimen, Cape Town.

“Perjanjian damai yang telah dicapai, yang kami alu-alukan, tidak akan mempunyai kaitan dengan kes yang dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Kes ini sedang berjalan dan ia kini perlu pergi ke peringkat di mana Israel perlu menjawab pliding kami yang telah difailkan di mahkamah dan mereka perlu berbuat demikian menjelang Januari tahun depan,” kata Ramaphosa.

Ketika Afrika Selatan mengalu-alukan fasa pertama keamanan, termasuk gencatan senjata dan pembebasan tebusan Israel dan tahanan Palestin, Ramaphosa berkata pada akhirnya, keadilan sebenar mesti dicapai untuk rakyat Palestin.

“Kita tidak boleh maju tanpa penyembuhan yang perlu berlaku, yang juga akan menyebabkan kes yang telah dilancarkan didengar dengan betul,” katanya.

Pada Disember 2023, Afrika Selatan mendekati ICJ untuk mendapatkan injunksi untuk memaksa Israel menghentikan serangannya ke atas Palestin dan mengisytiharkan tindakan itu sebagai genosid.

Pada Januari dan Mac 2024, mahkamah mengeluarkan langkah sementara, memerintahkan Israel memastikan penyediaan segera bekalan makanan asas di Gaza.

Ramaphosa berkata, sebagai pihak dalam prosiding di ICJ, Afrika Selatan tidak boleh memaksa mahkamah mempercepatkan keputusannya, walaupun Israel terus melanggar beberapa langkah sementara yang diperintahkan oleh ICJ.

Bagaimanapun, beliau menegaskan usaha antarabangsa sedang dijalankan untuk menamatkan tindakan menyalahi undang-undang Israel di Gaza dan memastikan akauntabiliti atas kekejaman dilakukan terhadap rakyat Palestin.

“Proses ini berlaku di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui The Hague Group, yang merupakan blok global negara yang komited untuk mempertahankan undang-undang antarabangsa dan bertindak dalam solidariti dengan rakyat Palestin,” kata Ramaphosa.

“Kerajaan Afrika Selatan tetap komited untuk menggunakan setiap jalan perundangan dan diplomatik yang ada untuk melindungi rakyat Palestin dan menegakkan kedaulatan undang-undang,” tambahnya.

PRODUCT OFFER (SHOPEE)

Wenbo Automatic Long Handle Golf Umbrella Extra Large Oversize
B.S.B Creative Vacuum Cup Set 500ml 304 Stainless Steel Thermos Flask Business Gift Water Bottle Cup
Thermos Tumbler 1000ML – SUS316 Stainless Steel Vacuum Flask Double Layer Bottle
Swiss Thomas Cordless Handheld Vacuum Cleaner with Mop Pad – Rechargeable for Car & Home Use
TYESO Vacuum Insulated Modern Tea Pot With Filter (600/750/1000ml) TS-8875/TS-8876/TS-8877
Pedal Trash Can 6.5L – 30L Plastic Pressing Type Bucket Square Waste Bin Tong Sampah
【Pre Order】New Launch Glad2Glow POUT CANDY Lip Gloss Brightening&Color&Hydrate 3in1 Serum Lip Balm Lightweight
【10 ~ 40kg】 Dumbbell Set Dumbell Bumper Rubber Coated + 40CM Foam Connector Gym Home Fitness Deadlift
B.S.B LANGSIR PINTU TINGKAP / CURTAIN WINDOW / KAIN TINGKAP / DAPUR / PINTU / Semi Blackout
KEELAT KID001S Impact Wrench Cordless 20V 4Ah Battery 380N.m 1/2 in Electric Impact Gun 1/4 ” Screwdriver Drill Driver
Diller Tumbler Thermos Mug Stainless Steel Vacuum Insulated Coffee Cup Drinking Water Bottle (300/340/600ml) MLH9149
988VF Water Jet Cordless High Pressure Car Washer Spray Gun Portable Waterjet Pump Floor Tiles Cleaner Outdoor
👍No Need Install Foldable Banquet Table Single Spring Event Folding Dining Table Outdoor Study Table Meja Lipat 折叠桌
2/3/4/5 Layer Trolley Cart Organizer Storage Shelf on Wheels for Room and Kitchen
Single/Double Pole Clothes Drying Rack Clothes Hanger Rack Clothes Rack Penyangkut Baju Ampaian Baju Rak Baju Sangkut Baju 曬衣架
Clothes Rack Trolley Steel Clothes Hanger Rack With Wheel Space Saving Storage Rak Baju Gantung 挂衣架
[NEW RELEASE] YOLLA+ MATCHA – Supplemen 50x Kesan Cerah Boost Imun Penghadaman Sihat 500g
Shoe Rack Multi-layer Folding Narrow Shoe Rack Plastic Simple Shoe Rack Organizer Shelf Space-Saving Rak Kasut 鞋架