Trak yang membawa bantuan kemanusiaan mula memasuki Jalur Gaza pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, menurut berita Anadolu memetik sumber tempatan.
Sumber-sumber memberitahu Anadolu, beberapa trak bantuan bergerak melalui lintasan sempadan Kerem Shalom yang dikawal Israel ke selatan Gaza.
Kemasukan trak bantuan itu berlaku selepas fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza berkuat kuasa pada Jumaat bawah pelan Presiden AS Donald Trump untuk menamatkan perang dua tahun Israel di kawasan itu.

















